Petua Selepas Bersalin
Tempuh berpantang adalah jangka masa untuk memulihkan semula tubuh
badan dari segi kesihatan dan juga bentuk badan kembali kepada bentuk
asal.
Proses bersalin banyak menggunakan tenaga terutama semasa menahan kesaki
tan, dan ketika meneran bayi keluar, urat saraf ibu menjadi tegang dan
kadang kala rasa kejang. Ada ibu yang mengalami kekurangan darah kerana
banyak darah keluar semasa bersalin.
Oleh itu, banyaklah pantang larang yang dikenakan orang tua kita dahulu
kepada ibu-ibu lepas bersalin, ada yang wajar diikuti dan ada pula yang
tidak larat diikuti oleh golongan muda sekarang.
Di antara pantang larang daqn petua-petua menjaga badan dan kesihatan selepas bersalin diperturunkan di bawah.
1. Kawal pergerakan
* Ibu-ibu lepas bersalin dikehendaki mengawal pergerakan, tidak terlalu
banyak bergerak, berjalan secara perlahan, tidak gopoh gapah kerana
ditakuti tumpah darah.
* Ibu-ibu dikehendaki sentiasa menjaga kaki,
memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti
bentan, membawa sakit hingga ke kepala dan meroyan serta lambat pulih
kesihatan.
* Ibu-ibu hendaklah duduk secara merapatkan peha supaya
dapat mengecilkan/mengecutkan vagina kembali kepada asal (barangkali
kerana orang dulu-dulu bersalin di rumah dan mengharapkan luka baik
sendiri tanpa sebarang jahitan)Saya perhatikan pantang larang di atas
sukar dipatuhi oleh ibu-ibu muda sekarang, mereka tidak mengawal
pergerakan, tidak suka pakai stoking dengan alasan panas, cara duduk pun
tidak dijaga/dikawal, malah ikut rasa selesa, mungkin kerana yakin
dengan `treatment' yang diberikan oleh doktor-doktor pakar.
2. Jaga pemakanan
* minum air perahan kunyit hidup (mungkin untuk melancarkan perjalanan
darah) setiap pagi selama beberapa hari (antara 3-7 hari) selepas
bersalin.
* untuk cepat sembuh luka vagina, makan sup ikan haruan dengan banyakkan halia muda dan lada hitam.
* jangan atau kurangkan makan makanan bersantan dan berkanji seperti
kuah kari dan pulut (mungkin kerana angin perut dan menambahkan
kolestrol dalam badan, serta melambatkan proses menurunkan berat badan
untuk kembali kepada bentuk asal)
* jangan makan sayuran yang
bersifat sejuk dan menyebabkan angin perut (seperti kangkung, kacang
panjang, labu air, kobis, terung, nangka muda, jantung pisang) dan
buah-buahan yang bersifat masam (asidic) dan sejuk (seperti mempelam,
limau dan lain-lain)Saya masih ingat semasa ibu saya dalam pantang, dia
tidak makan lauk berkuah, sebaliknya makan nasi panas dengan ikan bakar
(yang disapu sedikit garam dan kunyit) serta ditaburkan serbuk lada
hitam.
Ibu saya juga makan 2 biji telur ayam kampung yang jadi masak
apabila dibancuhkan bersama madu lebah asli. Badan sentiasa berpeluh
kerana panas madu lebah dan lada hitam, muka kemerah-merahan (tidak
pucat lesi)dan cepat pulih kesihatan.
3. Mandi Air Serung / Rebusan Herbal
* mandi setiap pagi dengan air rebusan daun-daun herba seperti
mengkudu, kadok, pandan, serai wangi, kunyit, jambu batu, dan lain-lain
serta dimasukkan juga asam keping, kulit kayu manis dan cengkih.
* atau lebih mudah sekarang ini boleh juga menggunakan bungkusan herba yang disediakan khas untuk direbus sebagai air mandian.
4. Berurut
* Selepas beberapa hari bersalin dan luka pada vagina dah sembuh,
bolehlah diurut seluruh badan, antara 3 - 7 hari, kira-kira 1 jam setiap
hari. Sebaik-baiknya berurut hendaklah pada waktu pagi, suasana masih
segar dan sejuk.
* Tumpuan berurut juga kepada bahagian perut, untuk menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
* Bolehlah diulang berurut mengikut keperluan, terutama jika ada rasa
letih dan tegang urat saraf selepas menyusukan bayi. Boleh juga diulang
berurut pada hari-hari ke 40 hingga 44, iaitu sebelum selesai
berpantang, terutama untuk tujuan menaikkan (menyekak) peranakan.
5. Bertungku / bergagang
* Selepas berurut diikuti pula dengan bertungku, terutama di bahagian
perut dan peranakan, untuk cepat kecutkan peranakan dan sekaligus
mengempiskan perut ibu kembali kepada bentuk asal.
* Ada juga di
antara ibu-ibu yang mengamalkan bergagang, iaitu dengan menjiruskan air
ke atas tungku panas, kemudiaan selinkupkan kain sarung dan berkangkang
di atasnya supaya wap panas dapat memanaskan vagina dan mengucutkan
peranakan. Boleh juga menggunakan peralatan mandi wap seperti yang
disediakn di pusat rawatan kecantikan/spa.
6. Berbengkung / barut perut
* Membarut perut/berbenkung dengan olehan campuran kapur sirih dan
limau nipis selama antara 3 hingga 7 hari pertama selepas bersalin.
Campuran ini cepat mengecutkan peranakan dan mengmpiskan perut. Ada
ibu-ibu yang menggunakan ragi untuk tujuan ini.
* Selepas berurut,
bertungku dan bergagang, maka perut bolehlah di barut dengan olehan
bancuhan herba rawatan bersalin. Ini banyak dijual dalam pasaran dengan
berbagai jenama.
7. Bersalai / Berdiang
* bersalai/berdiang
bermaksud tidur di atas salain atau katil yang diletakkan bara api di
bawahnya. Katil biasanya ditinggikan supaya tidak terlalu dekat dengan
bara api.
* bersalai/berdiang biasanya dibuat pada waktu pagi ketika
cuaca sejuk dengan tujuan untuk memanaskan badan dan mengeluarkan
peluh, cepat mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut. Bila
bersalai, ibu-ibu akan merasa haus dan banyak minum air, dengan itu
dapat dikeluarkan toksin dari badan dan ibu-ibu akan cepat merasa sihat.
* bersalai/berdiang sekarang ini bolehlah dibuat di atas tilam b-ion,
iaitu tilam yang ada batu-batu jade dan dipanaskan dengan kuasa letrik.
8. Menyapu pilis
* menyapu pilis pada dahi, untuk menyejukkan bahagian kepala dan
mencerahkan mata, serta mengelakkan dari sakit kepala yang mungkin boleh
menyebabkan meroyan.
* pilis biasanya boleh didapti bersama pakej
herba/jamu bersalin. Pilis juga boleh dibuat sendiri, iaitu dengan
memarut halus jambu batu muda dicampurkan dengan bedak sejuk dan air
mawar.
9. Memakan Jamu bersalin / Minum Air Rebusan Akar Kayu (Ubat Periuk)
* Ibu-ibu dahulu biasanya mengamalkan meminum air rebusan akar kayu (ubat periuk) yang disediakan oleh bidan/bomoh kampung.
* Ibu-ibu sekarang boleh memilih banyak alternatif Jamu Bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan.
10. Memanjangkan tempuh berpantang
* Orang-tua dahulu biasanya melanjutkan tempuh berpantang kepada
ibu-ibu lepas bersalin sehingga ke seratus hari, terutama untuk tujuan
kembali mengadakan hubungan sex dengan suami, supaya dapat memastikan
badan benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul
bagi membolehkan merancang keluarga dan mengambil precaution
kehamilan.Semoga ibu-ibu muda atau bakal-bakal ibu dapat mempelajari
sesuatu daripada petua-petua yang dicatatkan ini. Rasa-rasanya ini
sajalah yang dapat saya perturunkan.
sharing is caring :)
produk yg boleh dicadangkan
*jamu jalinan cinta
*coklat love haibi
(amalkan sblm mengambil sebarang produk jamu bersalin) +medicate deep heap lotion
(sesuai utk berurut)
(kedua2 produk tsebut amat sesuai untuk buang angin dlm badan)
khas untuk ibu2 selepas bersalin/dalam pantang
*penjagaan luaran
~ masker vagina
~femenine wash
No comments:
Post a Comment